Wednesday, August 19, 2015

DIY Sofa dan bahan-bahan yang digunakan

Assalamualaikum semua..

Alhamdulillah dgn izin Allah, niat sy utk memperbaharui sofa lama mak di permudahkan walaupun pd mulanya sy rasa agak sukar.. Tp dimana ada kemahuan di situ ada jalan ye tak? insya'Allah.. kalau dilihat pd video di bawah ni sofa tu dh jd rangka pd awalnya sbb tak terfikir nak ambk video.. tp ini kali pertama buat so why not utk jd kenangan tgk usaha sendiri..
                                                 
-Video-


Bahan-bahan yg sy gunakan sbnrnya taklah exactly sama dgn sepatutnya di pakai oleh kilang sofa.. sbb ada yg bahannya mahal. nak save bajet ckit jd sy tukarkn dgn bahan lain.. sapa yg ada rezeki lbh tu blh lah pakai yg kilang punya bhn.. nak ikut yg sy punya pun xpa.. xda masalah

1. Getah hitam

Rupa asal rangka sofa lama.. xda kayu di tmpt duduk sbb mrk hanya guna getah hitam sahaja.. tp saya bukak sbb nak tukar dgn kayu


yg dibulat merah tu adalah getah hitam yg sy tambah dibahagian tmpt bersandar dan lengan sofa. asalnya xda sbb sofa yg lama tu bentuk lain.. nak buat baru sy buat lain pulak. Tp kalau awk2 smua bukak sofa pun mmg akan jumpa getah hitam ni. Boleh beli di kedai jahitan.. harga lupa dah tp agak2 RM4.00 semeter kot. sy beli 2 meter

2. Kayu



Seperti dlm gamba diatas, sy tambah beberapa kayu letak kat tmpt duduk. Kos kayu.. free~ sbb cari keliling rumah kayu ni(rumah sendiri bkn keliling rumah org ye).. masih elok, kukuh dan boleh pakai lagi. Tu depend dgn seseorg tu nak ubah sofa korg mcm mana sbnrnya.. kalau nak letak getah ja pun xpa.. pandai2 lah balut guna kain nnti. sy tak brapa suka duduk tenggelam sgt :)


3. Tilam

 

Span yg first ni adalah tilam. Sy pun mngalami masalah nak cari span sofa ni.. tak tau mana nak beli.. ssh2 sgt nak fikir sy beli ja tilam ni ganti span.. TAPI span tilam ni sy guna hanya d tmpt besandar sahaja.. kalau span tmpt duduk tu span lain ye.. sbb span tilam yg ni mudah lembik.. jd tak sesuai utk letak tmpt duduk. Harga kat tmpt sy RM37 tp mintak kurang ckit dia bg RM33.. pun boleh lah syukur.. insya'Allah lain kali nak guna span sofa yg betul.. utk pengetahuan span khas utk sofa dia ada mcm2 jenis dan ketebalan yg berlainan. untuk bersandar ni boleh pakai yg 2 inci. (ada org kata blh cari di kedai kusyen.. harga dlm RM70 keatas) 

4. Kain 



Kain ni penting utk tutup rangka sofa. Masa balut rangka tu jgn lupa balut kemas2 dan seketat yg mungkin. kos kain dah termasuk dgn tilam tadi.. sbb kain tu dr tilam.. save bajet~ alhamdulillah 

5. Marker & Pengukur

Part paling pening ni la mengukur jarak nak letak button. Lurus xlurus.. dlm video nmpk sng main pangkah2 je kan.. tp dlm hati sp yg tau. byk kali padam balek.

Dlm ni sy guna jarak 8 inci(rapat dan pening) suggest korg letak jarak tu jauh ckit.. dan 5 baris(dr atas ke bwh).. mmg susah.. sy suggest korg buat 3 or 4 baris je cukup.. sng ckit and button pun x perlu byk sgt.. ni sy satu sofa dah guna 54 button *pengsan





Selepas habis menanda.. sila buat lubang d setiap tanda2 tmpt nak letak button

Benda kuning tu ja sy beli RM2.10 di mr.DIY.. yg lain mmg dh ada


6. Kertas tisu

Asalnya utk lapisan selepas span adalah fiber(rupa mcm kapas yg besar) boleh dptkan di kedai jahitan. Tapi fiber ni mahal.. kat tmpt sy harga nya RM100 4meter.. tak jadi beli jd sy gantikan dgn kertas tisu(slalu org pakai dalam jahitan pakaian) kertas tisu ni ada 2 jenis.. ada yg bergam dan ada yg tak.. yg ni sy pakai tdk bergam. Kos RM2.00 semeter.. save byk dr fiber. sy beli 4 meter.


Kertas tisu

7. Button

Button boleh beli di Daiso. harga RM5.30 ada 27 pcs. Ambk size 18. Sy beli 3set dan masih ada lbh. kat daiso ada 2 jenis.. satu yg ni kaler pink dan satu lagi kaler biru.. pilih kaler pink sbb lbh berquality.. yg biru mcm tin biasa dan mudah terbukak. Dan jgn risau, kat blakang bekas button ada tunjuk cara2 nak buat..

8. Kain Sofa

Kain ni jgn tanya sy pakai kain apa.. sbb sy pun tak tahu. Tanya tauke kedai nak kain buat kusyen (taknak kata nak buat sofa takut dia gelak).. nak yg tebal dan tahan kalau kena cakar kucing.. dia bagi yg ni.. cuma pilih warna pilihan hati je lah. Harga semeter RM12.90 tp mintak kurang lagi dia bg RM12 semeter.. sy beli 5meter stgh. total RM65

9. Jarum & Benang


Jarum yg sy gunakan pnjgnya adalah 6 inci. Boleh beli di kedai jahitan harganya RM2.00 dan benang tebal sy beli di kedai buku RM2.10

10. Seat Span

Span tmpt duduk ni sbnrnya bekas daripada span sofa asal ni sendiri. dua2 span tebal 2 inci jd tebal span tmpt duduk adalah 4 inci.. span asal dia masih boleh pakai lagi.. jd Kos Free.. kalau span sofa asal korg maseh elok.. pakai je balek jgn membazir. beli untuk tambah ckit2 je xpa

11. Spray Gam

Spray gam yang sy guna pun yg biasa2 saja. tak melekat sangat. kalau lagi kuat melekat lagi bagus. yang ni beli di kedai buku RM21.90 nasib baik masa tu ada kupon RM10 dpt save. Total beli RM11.90. yg quality lbh bgs harga RM50 keatas T.T

12. Tali 

Tak tahu lah apa nama tali ni.. sapa tahu boleh komen :) supaya org lain pun tahu jugak termasuk saya hehe.

Yang ni dinamakan teknik piping.. untuk sorokkan stapler tu


13. Pisau


pisau yang tajam untuk potong span

14. Cardboard

Cardboard ni sy potong 1 inci.. tp lbh baik potong 1cm je sng.. 1 inci ni ada ssh ckit bila d staple.. Fungsi nya adalah untuk lebih kemas nmpk dr luar.. xda nampak staple mark. dan letak cardboard ni betul2 bawah piping tadi




15. Staple Gun

Inilah watak/bahan utama dalam membuat sofa.. kalau takde ni mmg tak jd la.. Dan kena lah bawak byk besabar masa stapler sofa tu.. bkn sng.. staple gun ni keras satu pasal.. blom lagi kita tembak dia taknak masuk.. hmm jgn menangis.. hihi sbb sy hampir2 nak putus asa jugak la gara2 stapler ni keras sgt.. tgn yg halus mulus pon blh jd sado haa(alhamdulillah masih mulus keke).. sp yg ada rezeki lbh dpt la beli yg mahal2 lagi lembut dan sng pakai kurang ckit kesengsaraan. 
Stapler Gun : RM15.50 dan sekotak staple Rm1.80 di MR.DIY
Kalau nak buat sofa kena pakai bejuta lemon Staple ye.. saya pakai dlm 5 kotak kot.. 

Total bajet sy untuk buat sofa ni adalah d bawah RM200

okey.. itu sahajalah bahan2 yang sy gunakn masa buat sofa tempoh hari. Selamat mencuba dan jgn berputus asa.. :)